Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, March 31, 2010

Perkhemahan akan dilaksanakan

Satu perkhemahan unit beruniform akan dijalankan bermula pada Jumaat ini jam 3.00 petang di lobi SK Bandar Baru Putera. Proses pemilihan peserta akan dijalankan pada petang ini iaitu ketika aktiviti kokurikulum diadakan.

Perkhemahan ini diketuai oleh En. Azmer dan semua guru turut terlibat selama 3 hari 2 malam. Diharap semua guru - guru dapat menjalankan tugas dengan gembira.

Read more...

Thursday, September 3, 2009

Majlis bacaan Yaasin dan Berbuka Puasa


2 September 2009 - Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Sempena peperiksaan UPSR dan Majlis Berbuka Puasa telah dijalankan bermula jam 5.30 petang di lobi SK Bandar Baru Putera. Bacaan Yaasin diketuai oleh Ustaz Mohd Zaki Bin Che Deraman dari SK Methodist, Tanjung Rambutan.

Selesai bacaan Yaasin, semua hadirin dihidangkan dengan kurma dan segelas air mineral untuk berbuka puasa dan seterusnya menunaikan solat maghrib serta solat hajat.

Setelah selesai menunaikan solat, hadirin dijemput ke kantin untuk menikmati juadah berbuka puasa yang telah dihidangkan. Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan dan ini memberi semangat kepada pihak sekolah terutama anak murid sendiri untuk menghadapi ujian UPSR minggu hadapan.

Read more...

Thursday, August 20, 2009

Lagu 1 Malaysia (10 telah disenarai pendek)


SIARAN AKBAR: 12 Ogos 2009
PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU 1MALAYSIA

Sepuluh peserta terakhir telah melepasi pusingan kedua pertandingan pencipta lagu, "Lagu1Malaysia Kita", satu pertandingan yang akan mengungkapkan semangat 1Malaysia dan merangsang anak-anak muda Malaysia untuk memikirkan maksud 1Malaysia kepada diri mereka sendiri.
Diilhamkan oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, pertandingan ini akan menyaksikan juaranya dipilih melalui undian umum. Lagu-lagu yang berjaya ke peringkat akhir boleh didengari antaranya dari laman web 1Malaysia di www1malaysia.com.my yang mana lagu yang memenangi pertandingan ini akan diumumkan pada Hari Merdeka, 31 Ogos 2009.

"Saya menyeru semua rakyat Malaysia agar memesrakan diri dengan semangat 1Malaysia ini," jelas Dato' Sri Najib. "Kunjungilah laman web 1Malaysia, dengarkan lagu-lagu yang dipertandingkan dan undilah lagu yang anda gemari. Saya inginkan ini menjadi satu lagu yang benar-benar menjelma dari hati rakyat biasa Malaysia, untuk rakyat Malaysia, dan dipilih oleh rakyat Malaysia sendiri." Rakaman audio lagu-lagu pilihan terakhir boleh didapati dari laman web 1Malaysia, www.1malaysia.com.my.

Idea untuk menganjurkan pertandingan ini telah diilhamkan apabila Dato' Sri Najib mengatakan bahawa beliau inginkan satu lagu yang dapat menggambarkan semangat 1Malaysia yang dicipta dan dipilih oleh rakyat. Beberapa minggu yang lalu satu stesen radio swasta telah menyahut cabaran ini dan mengendalikan satu rancangan ke seluruh negara bagi pencarian satu lagu yang dapat mengungkapkan semangat 1Malaysia.

"Saya sangat gembira dan seronok dengan sambutan yang telah diberikan," ujar Dato' Sri Najib. "Malahan, sepuluh peserta terakhir terdiri daripada kumpulan yang pelbagai dan mengagumkan, daripada penggubah-penggubah lagu yang terkenal hinggalah kepada mereka yang masih belum dikenali, merangkumi semua bangsa, jantina, peringkat usia dan latar belakang. Semangat 1Malaysia itu jelas sekali berada di hati rakyat Malaysia dan saya harap semua orang akan memilih satu lagu yang dirasakan benar-benar dapat memberikan pengertian 1Malaysia kepada mereka."

Dalam masa 9 hari sahaja, lebih 350 penyertaan telah diterima, mencerminkan hampir-hampir kesemua masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Sebagai sebahagian daripada perayaan menjelang Kemerdekaan Malaysia Ke-52 Tahun, Dato' Sri Najib berharap seluruh rakyat akan menyertai pencarian Lagu 1Malaysia kerana pertandingan kini akan membuat pemilihan lagu ke peringkat akhir. Dato' Sri Najib turut menyatakan harapan beliau supaya semua media di Malaysia akan memainkan peranan masing-masing untuk menyokong usaha pencarian lagu yang akan menjadi juara pertandingan ini.

"Saya harap, pertandingan ini akan membantu mendorong kita semua untuk saling menerima dan hormat-menghormati antara satu sama lain," tambah Dato' Sri Najib lagi. "Janganlah pula kita lupa untuk mengenang kembali pengorbanan nenek moyang kita untuk Kemerdekaan ini. Hanya sebagai satu rakyat yang bersatu padu, Malaysia akan berjaya melakukannya. Kita harus ingat bahawa kepelbagaian kita ialah kekuatan kita. Pertandingan mencipta lagu ini adalah tentang mengabadikan semangat tersebut."

Penggubah lagu yang akan memenangi pertandingan ini, selain menerima hadiah berupa wang, juga akan menyaksikan lagu mereka dijadikan satu video muzik. Kedua-duanya iaitu lagu yang menang dan video muzik iringan akan diedarkan kepada semua media di seluruh negara. Sementara itu, orang ramai bolehlah mendengar rakaman audio lagu-lagu pilihan peringkat akhir dan membuat pemilihan atau pengundian lagu-lagu ke peringkat akhir di 1malaysia.com.my, sistem pesanan ringkas (sms) dan saluran lain yang akan diumumkan kelak. Dato' Sri Najib bercadang untuk memperkenalkan lagu yang memenangi pertandingan ini semasa sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos 2009.

klik sini untuk mendengar lagu - lagu yang terpilih

Read more...

Monday, August 17, 2009

Perasmian Bilik Pameran Kemerdekaan


17hb Ogos 2009

Hasil usaha kerjasama Unit Panitia Kajian Tempatan dan Unit Pusat Sumber Sekolah telah berjaya dilancarkan dengan jayanya oleh Tn. Hj. Abdul Hamid Bin Hj. Norsani, Tuan Guru Besar SK Bandar Baru Putera. Setelah beberapa hari, guru - guru dan murid - murid bekerjasama mengumpulkan segala maklumat berkisar dengan Kemerdekaan Malaysia.

Bilik Tayangan telah berubah menjadi bilik pameran yang indah dengan segala maklumat dan hiasan berkenaan dengan kemerdekaan Malaysia yang akan disambut untuk kali ke 52 pada tahun ini. Tahniah diucapkan pada Pn. Faridah Hanim, Guru Media dan juga Pn. Hasbi selaku Ketua Panitia KT kerana menjayakan program ini.

Program bilik pameran
1. Kuiz sempena kemerdekaan
2. Tayangan video SEMANGAT KEMERDEKAAN
3. Tayangan video Filem SARJAN HASAN

Read more...

CARI


Kejayaan SKBBP

Photobucket

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP